Khamis, 6 Oktober 2011

Sotong Goreng Berperisa



Bahan-Bahan
10 ekor sotong dibersihkan & dipotong
3 ulas bawang merah
3 tangkai cili kering
1 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu makan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit garam
Cara
Bersihkan sotong & potong lebih kurang 3 cm panjang. Campurkan bawang merah & cili yang telah ditumbuk bersama terlebih dahulu masukkan bersama dengan tepung , garam & sedikit air kapur. Panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah sotong yang telah disalut dengan bancuhan tepung. Gong sehingga sotong menjadi garing barulah diangkat. Angkat & toskan minyaknya.

1 ulasan: