Rabu, 12 Oktober 2011

Puding roti bercoklat














Bahan :

 5 keping roti yang tak habis tetapi masih elok lagi
1/2 paket agar-agar
Gula secukup rasa
1 tin susu cair
serbuk koko secukupnya
Kuahnya :
1 sudu besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
sedikit gula
 Cara membuatnya;
Masakkan agar2 hingga hancur. Rendam roti dengan susu cair. Masukkan semua bahan termasuk roti ke dalam agar-agar tadi. Tuang dalam acuan. sejukkan. Sementara itu masakkan bahan kuah sehingga pekat dan hidangkan bersama puding tadi

Khamis, 6 Oktober 2011

Badam bermadu




Bahan-Bahan:
250 gm mentega 100 gm gula
20 gm susu segar
360 gm tepung 150 gm badam, dicincang halus
5 gm serbuk penaik
Sedikit gula aising untuk hiasan
Cara:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan lembut. Masukkan madu, susu, tepung, badam dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bulan sabit. Susun di dalam dulang yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Tabur gula aising pada biskut sebelum dihidangkan.


Ayam berempah



Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
Cara:
Satukkan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja

Mi goreng mamak




Bahan-Bahan


60 gm udang sederhana besar
60 gm perasa udang
70 gm mi kuning
20 gm sotong
5 gm bawang putih-dicincang
2 sudu besar cili merah
½ sudu besar air asam jawa
¾ sudu kecil gula
8 sudu kecil minyak masak
15 gm tauge dbuang ekornya
10 gm tauhu
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
Garam secukup rasa
5 gm salad
Sebiji limau kasturi
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan perasa udang, cili, gula dan air asam jawa. Biar sehingga 2 minit sehingga naik baunya. Masukkan tauhu, udang, sotong dan telur. Setelah masuk, campurkan mi, tauge, kicap cair dan kicap pekat. Biarkan sehingga masak sebelum dihias dengan potongan limau dan salad.

Gado-Gado


Bahan-bahan
200 gm kangkong
300 gm timun
300 gm kentang
200 gm kubis bulat
100 gm tauge
200 gm kacang panjang
2 keping tauhu
2 biji telur
10 gm keropok ikan
Bahan Kuah
400 gm kacang tanah
100 gm air asam jawa
100 gm gula
100 gm garam
2 labu bawang besar
100 gm cili kering
Cara
Celurkan semua sayuran yang telah dihiris, kacang tanah digoreng tanpa minyak & ditumbuk halus. Gaulkan bahan untuk kuah gado-gado yang telah siap di mesin bersama air panas masukkan garam secukupnya. Tauhu di goreng & dipotong nipis. Telur direbus & dibelah empat. Campurkan semua sayur yang telah dicelur dalam mangkuk & bolehla dimasukkan kuah gado-gado ketika hendak dihidangkan.

Ketupat Sotong



Bahan-Bahan
100 ekor sotong
2 kg beras pulut
3 biji kelapa
halia
¼ bawang merah
halba
Cara
Beras pulut direndam dengan santan sehingga kembang. Setelah kembang masukkan ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dibersihkan. Sotong yang telah siap diisi tadi direbus dengan santan cair sehingga masak. Halia , bawang merah & halba dicampurkan juga ke dalam santan tadi. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Ianya boleh dimakan begitu sahaja @ dihidangkan dengan nasi.

Sotong Goreng Berperisa



Bahan-Bahan
10 ekor sotong dibersihkan & dipotong
3 ulas bawang merah
3 tangkai cili kering
1 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu makan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit garam
Cara
Bersihkan sotong & potong lebih kurang 3 cm panjang. Campurkan bawang merah & cili yang telah ditumbuk bersama terlebih dahulu masukkan bersama dengan tepung , garam & sedikit air kapur. Panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah sotong yang telah disalut dengan bancuhan tepung. Gong sehingga sotong menjadi garing barulah diangkat. Angkat & toskan minyaknya.

Goreng Ikan Berlada


Bahan-Bahan
3 ekor ikan bawal
1 sudu teh kunyit
secubit garam
sedikit cuka
minyak untuk mengoreng
6 biji cili merah
4 biji tomato
1 labu bawang merah
4 biji tomato
1 labu bawang besar
garam secukup rasa
sedikit gula
Cara Membuatnya
Ikan digoreng , tomato , bawang besar & cili merah ditumbuk kasar. Panaskan minyak & tumis bahan yang ditumbuk masukkan garam & gula secukup rasa sehingga keluar minyak barulah dimasukkan ikan . Kacau supaya ikan & kuah tadi sebati.

Perut Masak Lemak Cili Padi




Bahan-Bahan
½ kg perut lembu ( direbus hingga empuk & dihiris )
1 ikat daun kunyit ( dihiris halus )
2 biji kelapa ( diambil santanya )
25 gm garam
4 helai daun limau purut
Bahan Yang Dikisar
200 gm bawang besar
50 gm cili api
80 gm buah keras
30 gm kunyit hidup
Cara
Masukkan santan kelapa ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masakkan di atas api yang sederhana . Kemudian masukkan perut lembu & garam mengikut rasa. Bahan-bahan tersebut hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak. Masak sehingga perut menjadi empuk. Setelah itu boleh dihidangkan bersama nasi.

Pajeri Labu


  

Bahan-Bahannya
1 biji labu dipotong segiempat
10 gm minyak masak
20 gm bawang merah
20 gm bawang putih
10 gm halia
½ inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh halba campur
1 sudu teh rempah kari
30 gm udang kering
20 gm kerisik
100 gm santan
garam & gula secukupnya
Cara Membuatnya.
Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dihiris halus. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih & halba campurhingga naik bau barulah dimasukkan pula rempah kari & udang kering. Kacau hingga sebati & dimasak hingga maik minyak. Ahkir sekali barulah dimasukkan santan & labu. Biarkan hingga mendidih & labu menjadi lembut barulah dimasukkan kerisik & gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Masakan ikan 3 rasa


Bahan-Bahannya
800 gm ikan kerapu ( disiang & digoreng garing )
Bahan Untuk Sos
100 gm cili merah
1 ulas bawang putih
1 ikat daun pasli cina


 

2 sudu besar gula
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh namprik " minyak cili thai "
3 sudu teh minyak masak
Cara Membuatnya
Kisar semua bahan untu membuat sos hingga sebati kecuali minyak masak. Panaskan minyak sebanyak 3 sudu makan & tumiskan yang dikisar hingga naik bau. Setelah mendidih barulah diangkat sos & dihidangkan bersama ikan yang digoreng. Tuang sos di atas ikan apabila handak dihidangkan.

Ayam Percik



Bahan-Bahan
½ inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji buah keras
1 sudu teh halba
3 biji cili hidup
1 biji kelapa ( ambil 4 cawan santan )
1 ekor ayam ( anggaran 1 kilo )
10 batang serai ( dititik )
2 ½ lengkuas ( ditiik )
sedikit garam
sedikit gula
Cara
Bersihkan ayam & jangan dipotong. Masak santan bersama bahan yang digiling . Masukkan serai & lengkuas yang dititik. Masukkan garam & gula apabila santan pecah minyak masukkan ayam & biarkan ¾ masak & angkat. Bahan ayam tadi & direnjis dengan lebihan santan.

Agar-Agar Tembikai Istimewa

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar (RM 3.00)
5 gelas air
6 biji telur (gred A)
100 g gula batu
200 g gula pasir
Esen vanila
Pewarna Merah
Pewarna Hijau
50 kg Kesabaran

Mula-mula masak agar2 ngan air sampai agar-agar betul2 hancur.
Masukkan gula batu , gula pasir, masak sampai gula hancur.
Rasa dulu , kalau x manis tambah lah gula lagi..
Sementara nak tunggu gula hancur...
pukul telur dan esen vanilla sampai kembang.
Ambil semua putih dan
Masukkan agar2 yang panas tadi tu ke dalam telur yang telah kembang.
pukul campuran telur dan agar2 sampai sejuk
tuang adunan ke dalam bekas setebal 1 inci
masukkan dlm peti (tempat beku) 15 saat
masukkan pewarna merah ke dalam baki adunan
pukul lagi
tuang semua baki adunan ke dalam bekas tadi
masukkan dalam peti (bukan tempat beku)
bila agar2 dah keras
keluarkan dari bekas (agar2 jadi 2 lapis, putih dan merah)
sapu pewarna hijau pada bahagian putih.
kemudian di potong