Khamis, 6 Oktober 2011

Perut Masak Lemak Cili Padi




Bahan-Bahan
½ kg perut lembu ( direbus hingga empuk & dihiris )
1 ikat daun kunyit ( dihiris halus )
2 biji kelapa ( diambil santanya )
25 gm garam
4 helai daun limau purut
Bahan Yang Dikisar
200 gm bawang besar
50 gm cili api
80 gm buah keras
30 gm kunyit hidup
Cara
Masukkan santan kelapa ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masakkan di atas api yang sederhana . Kemudian masukkan perut lembu & garam mengikut rasa. Bahan-bahan tersebut hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak. Masak sehingga perut menjadi empuk. Setelah itu boleh dihidangkan bersama nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan